Thursday, 10 November 2011

Karangan Irfan

Nama             : Irfan (29)
Kelas                         : 305

KARANGAN EKSPOSITORI

Tajuk              : kita harus mengekalkan keadaan asal pulau ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.
           
           
            Keadaan Pulau Ubin harus dikekalkan. Pulau Ubin adalah satu tempat yang masih belum  dimodernize. Rumah kampung sudah susah dijumpai di singapura,tetapi di sana masih ada kampung. Ada beberapa sebab yang kita harus mengekalkan Pulau Ubin itu  seperti ia adalah satu ekosistem yang terkaya di singapura,

            Sebab pertama ialah supaya generasi muda kami tahu bagaimana rupa kampung zaman dahulu .Ramai dari mereka tidak pernah melihati sebuah kampung secara langsung , mereka hanya telah melihati ia dari gambar gambar di surat khabar, Mereka tidak tahu berapa susah untuk orang-orang lama meninggal. Orang dahulu tidak ada banyak barang-barang yang secanggih seperti sekarang. Mereka tidak ada computer, telefon bimbit dan barang barang lain, tetapi pada masa sekarang, remaja yang hanya tujuh tahun sudah ada telefon bimbit.

            Sebab kedua ialah supaya kami boleh melalui pengalaman baru untuk beriadah dalam sesuatu alam semula jadi. Pulau Ubin merupakan satu ekosistem yang terkaya di singapura. Kami tidak haru melepaskan kesempatan untuk melalui pengalaman baru di sana kerana ia ialah satu tempat di singapura yang masih belum melalui pembangunan.Kamu tidak akan berasa pengalaman ini di tempat lain.Jika kamu pergi ke luar negeri, rasa itu tidak akan berasa sama kerana ia tidak berlaku di Negara kamu.


            Sebab ketiga ialah kami boleh mempelajari sejarah singapura suatu masa dahulu. Itu adalah masa sebelum singapura melalui pembangunan. Apa yang kita boleh mempelajari dari sana boleh digunakan setiap hari seperti masakan , permainan dah juga sikap sikap mereka. Permainan dahulu dan sekarang tidak sama. Dahulu,mereka bermain gasing,congkak dah tapak kuda tetapi pada masa sekarang, remaja bermain computer,beyblade dan banyak lagi barang yang lebih canggih. Apabila pembangunan bermula , sikap orang menukar. Dahulu, Jiran-jiran sangat dekat, tetapi, sekarang jiran-jiran tidak sedekat seperti dahulu.

            Sebab keempat ialah ia adalah satu tempat destinasi pelancongan. Pelancong datang kerana ia adalah tempat yang belum dikacaui dengan pembangunan  dan juga kerana ia tempat yang sejahtera. Alam yang tidak dikacaui  sangat cantik, orang juga datang kerana ini. Jika tempat ini dikacau dengan pembangunan, pelancong tidak akan datang ke sini. Singapura akan hilang wang daripada pelancong dan economi singapura akan turun sedikit.

            Secara keseluruhan, saya harus meningkatkan kamu tentang banyak benda yang boleh terdapat di Pulau Ubin. Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin supaya kita boleh menyimpan sejarah Singapura. Saya berharap tempat ini dapat dikekalkan dan juga dilindungi oleh pemerintah Sngapura.

Karangan Jerico

Nama : Jerico
Kelas : Men 3E

KARANGAN EKSPOSITORI

Tajuk  : Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

           

            Pulau Ubin adalah salah satu pulau di Singapura yang masih tinggal di zaman ini tanpa ada perubahan pada bangunan dan keadaan alam nya.Pulau ini ternyata bukan hanya dikenal oleh penduduk Singapura, melainkan Pulau Ubin banyak dikunjungi pelancong daripada negara-negara lainnya. Pulau ini juga memiliki nilai-nilai yang tidak kalah pentingnya dalam menarik perhatian para pelancong dan masyarakat Singapura sendiri. Lalu, mengapa kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang ?

            Sebab yang pertama adalah supaya generasi muda tahu bagaimana rupa kampung zaman dahulu. Generasi muda sekarang sudah tinggal dan hidup di zaman moden , zaman yang dipenuhi teknologi-teknologi canggih,sedangkan mereka tidak mengerti bagaimana rupa kampung zaman dahulu .Padahal, teknologi datang daripada pembelajaran pada zaman dahulu. Oleh sebab itu dengan adanya Pulau Ubin, generasi muda zaman sekarang dapat mempelajari bagaimana rupa muka kampung yang perlu diperbaiki dalam zaman ini . Seperti contohnya , pintu rumah di tanah lapang jarang memiliki pagar untuk melindungi rumahnya daripada hewan-hewan buas, sehingga orang-orang zaman sekarang membuat pagar-pagar di sekeliling rumahnya supaya terlindungi daripada maling curi.

            Sebab yang kedua adalah pelancong boleh mendapatkan pengalaman baru dengan beriada dalam sesuatu alam semula jadi. Pelancong ini boleh menikmati keindahan dan kekayaan alam semula jadi. Mereka juga boleh menenangkan fikiran mereka dengan udara segar yang dihasilkan banyak pepohonan.Pentingnya , pengalaman-pengalaman daripada Pulau Ubin boleh memberikan kemahiran baru dalam kehidupan . Sebagai contoh, pelajar yang berkemah untuk pertama kalinya di Pulau Ubin mungkin mendapatkan pengalaman untuk memasak dan merasakan bagaimana hidup di tengah alam yang berbahaya dan pada akhirnya , pengalaman ini boleh menjadi pembelajaran untuk hidup berdikari.

            Sebab yang ketiga adalah dengan Pulau Ubin , pelancong dapat mempelajari sejarah Singapura suatu masa dahulu , kehidupan yang belum melalui pembangunan. Mereka dapat tahu nilai-nilai budaya yang boleh menambahkan pengetahuan yang menarik . Bukan sahaja nilai budaya , melainkan mereka juga dapat tahu nilai-nilai sosial para penduduk zaman dahulu. Contohnya , bagaimana orang-orang dahulu hidup saling tolong menolong dan hidup dalam perdamaian ataupun permainan-permainan orang zaman dahulu untuk mengisi waktu mereka dengan rakan-rakan mereka seperti congkak,gasing dan tapak kuda.

            Sebab yang keempat adalah Pulau Ubin adalah salah satu destinasi pelancongan. Setengah daripada kawasan Pulau Ubin masih tertutup alam liar . Oleh sebab itu , para pelancong senang pergi ke sana kerana kawasan tersebut memiliki cabaran-cabaran yang menantang. Pulau Ubin juga mempunyai keanekaragaman hewan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemukan di pulau lain . Seterusnya, Pulau Ubin sebagai satu destinasi terkenal untuk pelancongan juga memberikan devisa lebih untuk pemerintah negara Singapura. Dengan ini, pemerintah boleh menggunakan wang ini untuk menambahkan tempat pelancongan lain yang diminati para pelancong di Singapura sehingga dapat mengembangkan perekonomian di Singapura.

            Secara keseluruhan , kita harus mengekalkan keadaan Pulau Ubin seperti sekarang ini. Pulau Ubin membawa sangat banyak keuntungan bagi pelancong-pelancong, masyarakat Singapura dan negara Singapura sendiri. Pulau Ubin bukan sahaja menyediakan pengalaman yang baru , tetapi juga menyediakan pengetahuan yang lebih tentang kesusahan hidup di zaman dahulu. Akan tetapi, semua ini bergantung kepada pemerintah, akankah dia mensedari hal-hal ini atau dia akan mengubah Pulau Ubin ke arah pembangunan. Kita hanya dapat berpasrah kepada pemerintah .

Karangan Rizdhzuan

NAMA                        :RIZDHZUAN
KELAS          :307

KARANGAN EKSPOSITORI

TAJUK           :Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti       yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

Pulau Ubin ialah sebuah Pulau yang sangat cantik dan suci dengan tempat pemandang mata seperti hutan-hutan dan kampong-kampong yang masih ada di zaman moden sekarang. Pulau Ubin ialah sesuatu tempat di Singapura yang mengekalkan keadaan perkampungan. Ia adalah bagus untuk pemuda-pemuda untuk tahu bagaimana rupa kampong zaman dahulu dan mereka boleh tahu bagaimana orang-orang dahulu mengimbangkan masa mereka semasa zaman dahulu dengan bermain mainan tradisional seperti congkak, chapteh, batu seremban, gasing dan banyak-banyak lagi.

Pulau Ubin pun tempat bagus untuk beriadah di situ. Ada pelbagai benda yang boleh dilakukan semasa di sana seperti menaiki basikal dan lalu ke hutan dan semak-semak ataupun boleh berjalan kaki dan mengambil gambar sambil membuat sedemikian. Anda pun boleh panjat di bukit-bukit di dalam hutan atau boleh berkemah di situ. Ada pelbagai benda untuk beriadah di Pulau Ubin.

Pulau Ubin ialah tempat sejarah di Singapura. Ia dapat menunjuk pumadi-pemudi zaman sekarang macam mana Singapura merupai bila di zaman dahulu. Pulau Ubin ialah semacam Singapura pada masa dahulu. Pemuda-pemudi di zaman sekarang boleh dapat mempelajari sejarah Singapura suatu masa dahulu dan kehidupan mereka yang belum melalui pembangunan.

Pulau Ubin ialah suatu destinasi pelancongan yang bagus untuk pelancong-pelancong dari luar Negara untuk melancong dan beriadah di tempat sedemikian. Ia ada pelbagai aktiviti-aktiviti yang amat menggembirakan seperti memancing, bersantai di pulau, berkemah di hutan atau mengambil gambar-gambar yang menarikan hati seperti di hutan dan di kawasan-kawasan berkampungan.

Kalau saya ada peluang untuk berkemah di Pulau Ubin, saya akan pergi tanpa bantahan. Melancong di Pulau Ubin amat menggembirakan. Saya ada banyak aktiviti yang saya akan lakukan bila saya di sana. Saya suka memancing dengan Pakcik saya dan saya akan pergi memancing bersamanya di waktu cuti sekolah yang akan dating.

Karangan Khairull Mohfi

Karangan Naratif

Nama; Khairull Mohfi Bin Halifi

Kelas; 308

Tajuk; Tulikan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini,telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.

            Halim seorang budak kampung yang tinggal bersama ibu bapanya. Dia sering menolong ibunya masak kerana dia minat akan masakkan melayu dahulu. Dengan itu Halim dapat tahu beberapa resipe-resipe tradisional.

            Apabila sedara-maranya datang ke rumahnya dia sering ditanya tentang minatnya, mereka akan ketawakannya. Kerana mereka ada minda yang stereotaip. Mereka mengutuk Halim kerana kepada mereka, masakkan hanya untuk perempuan. Halim mula untuk berputus asa dengan minatnya memasak. Halim hanya berdiam-diri setelah dia dikutuk dengan sedara-maranya. Ibunya nampak akan muka Halim bertukar masam.

            Setelah sedara-maranya pulang ke rumah, Halim masuk biliknya lalu menangis. Lalu ibunya masuk ke dalam bilik Halim dan memeluknya. Ibunya memberi kata sokongan kepada Halim supaya dia tidak ikut kata-kata orang lain. Setelah itu ibunya angkat kakinya. Halim mula berpikir kepada dirinya bahawa minat itu adalah kepunyaan diri masing-masing, dan dia tahu jika orang hendak mengutuknya tentang minatnya, itu hanya halangan untuk dia mempertingkatkan kemahirannya dalam memasak.

            Halim ingin pergi ke bandar, kerana dia hendak belajar masakkan modern. Semasa dia erjalan-jalan untuk mencari kursus memasak. Tiba-tiba dia ternampak poster tentang pertandingan masak. Dia berkata kepada dirinya bahawa dia hendak tahu di mana tahap kemahiran masakkannya. Apabila dia memasuki pertandingan itu dia lihat banyak chef yang handal-handal. Pada setiap peringkat dia akan masak masakkan tradisional.

            Dengan masakkan tradisional dia dapat tempat pertama dalam pertandingan itu. Halim membawa pulang wang tunai sebanyak 4ribu dollar. Halim mendirikan restoran sendiri dan ia menjadi restoran yang terkenal di dunia.

Tuesday, 8 November 2011

Pulau Ubin - bersama East View


Pengenalan
Pada tanggal 8 november 2011 , saya beserta 41 pelajar dari East View dan 8 guru dan rakan kerja mengikuti program berkunjung ke Pulau Ubin. Tujuan daripada program ini adalah memberikan kesan tentang bagaimana keadaan dan situasi berada di daerah perkampungan. 


Pertama , pada pukul 8 kami berangkat daripada East View dengan bas menuju ke pangkalan Changi.Di sana, kami diberi $5 seseorang untuk membayar wang tambangan bumbot yang kita akan menaiki ke Pulau Ubin untuk perjalanan pergi dan pulang. Kami juga diberikan satu beg plastic yang ada dua air minum, satu bingkisan biskut oreo dan apolo perisa pandan sebagai makanan ringan . Barang-barang yang perlu dibawa ialah tuala muka,tisu,alat tulis dan air minuman(di sana tidak terdapat air bersih). Ketika perjalanan ke sana dengan bumbot, saya berasa agak seronok kerana ia ialah kali pertama saya menaiki bumboat dan pergi ke Pulau Ubin. Kami boleh melihat sedikit dari pulau ubin dari bumbot kami. Dari situ juga, kami boleh melihati satu rumah yang terapung di atas air.



bumboat




ISI
Apabila kami tiba di sana kami nampak batu-batu granite besar yang jarang ditemukan di sisi jembatan daripada bumboat .Ternampak juga lorong jalan yang terlihat kotor dan gelap daripada pintu kehadiran. Kami harus menaiki van yang di sediakan sekolah, van itu agak berbeza dengan van dibandar dan saya kagum dengannya. Walaupun ruang di dalam kenderaan itu agak sempit tetapi pemandangan yang ada di sana membuat saya lupa akan kesempitan itu. Perjalanan ke destinasi kita agak jauh daripada jetty, kami dapat melihat pandangan yang tenangkan pikiran kita dengan banyak pepohonan hijau. Setibanya kami tiba di Kampung Riang Ria kami harus menunggu pelajar-pelajar yang lain. Sementara menunggu mereka, kumpulan saya berbincang akan apa strategi yang kita boleh lakukan untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang akan kami hadapi .


Kueh Dadar
Aktiviti Pertama
Kumpulan kami , kumpulan 2, memiliki aktiviti untuk berasa makanan. Pertama, Cik Su dan Cik Ros memberikan macam-macam buah-buahan yang tumbuh di Pulau Ubin seperti durian,pisang,kelapa, dan pelbagai lainnya. Mereka mengajarkan kita tentang bagaimana mengambil buah kelapa dan kegunaan buah kelapa seperti dalam pembuatan santan atau kelapa parut secara jelas dan menarik. Lalu,Cik Su dan Cik Ros juga menjelaskan beberapa kegunaan daun pandan yang bermanfaat dalam kehidupan.Mereka berkata bahawa daun pandan banyak dipergunakan untuk membuat makanan lebih sedap. Mereka juga membantu menunjukkan perbezaan antara limau kasturi , nipis dan limau purut secara keseluruhan. Selain itu , mereka juga menjelaskan kegunaan-kegunaan limau-limau tersebut. Bukan sahaja tentang limau , mereka juga memberi tahu kita berbagai macam bahan-bahan untuk menyediakan ulam daripada berbagai daun-daun dan herba . Selain mengajarkan kami hal-hal ini , setiap pelajar berkesempatan untuk memasak kuih dadar. Kami sangat menikmati aktiviti memasak ini terutama saat menikmati kuih dadar yang kami buat masing-masing meskipun ini percubaan pertama memasak kuih dadar dan goreng pisang yang masih panas yang dimasak Cik Ros. 
limau kasturi
limau nipis


Limau Purut

Aktiviti Kedua

Canting
Aktiviti kedua yang dilakukan kumpulan kami adalah melukis Batik.Pertama sekali , Encik Juraimih memperkenalkan canting, alat bantu untuk mengambil cairan yang khas digunakan untuk membuat batik tulis. Apabila banyak pelajar yang menjatuhkan cairan lilin kepada kertas gambar sehingga gambar yang dihasilkan sedikit buruk, Encik Juraimih mengajarkan kami cara "backstab" yang merupakan cara untuk melepaskan kesalahan lilin pada kertas gambar .Ini adalah cara tradisional dengan mencungkil daerah yang terjadi kesalahan pada muka depan dan muka belakang. Kami juga diberikan kesempatan untuk mewarnai batik tersebut sesuai kreativiti menggunakan kuas dengan pelbagai warna. Lepas itu kami memberi masa untuk mengeringkan pewarna pada batik tersebut. Kami amat gembira kerana itu adalah kali pertama kami mencuba melukis batik dan hasilnya cukup memuaskan meskipun terjadi banyak kesalahan.





Air Perigi
Aktiviti Ketiga
Aktiviti ketiga, ialah menjelajah rumah kampung. Abang Ridzuan dan teman facilitatornya memperkenalkan kawasan rumah kampung. Pertama mereka menunjukkan isi rumah tersebut dan menjelaskan masing-masing bagian rumah . Kami dapat tahu bahawa di setiap rumah kampung ada serambi, serambi digunakan jika pemilik rumah hendak bersembang di depan ruang tamu. Di sana juga terdapat kandang anak ayam yang di letak di bawah kolong rumah. Mereka juga menunjukkan bagaimana orang dahulu mengambil air daripada perigi menggunakan timba. Selepas itu mereka memperkenalkan pelbagai permainan dahulu. Salah satu permainan itu adalah congkak, dahulu mereka menggunakan guli atau batu untuk bermain congkak, tetapi sekarang mereka menggunakan plastik sebagai pengganti kayu. Permain lain seperti gasing sangat digemari kumpulan saya kerana ia amat mencabar untuk mendirikannya. Satu daripada kumpulan saya,Khaliq,dapat mengatasi cabaran itu dengan senang dan dia digelar sebagai raja gasing. Kami rasa bahawa rumah kampung perlu di lestarikan kerana globalisasi telah mempengaruhi banyak rumah kampung ke arah lebih moderen. Kami berancang untuk berliburan ke rumah kampung ini di lain waktu kerana rumah ini sangat unik dan mengandungi banyak cerita tentang masa lampau.




Penutup
Yang terakhir, lawatan itu berakhiri apabila seorang wakil dari sekolah kami,Haikal dari kelas 308 mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang terlibat untuk membuatkan kunjungan ini sangat gembira dan berguna sebab kami boleh mendapatkan pengalaman yang jarang boleh didapatkan di Singapura sekarang. Kami kembali ke pangkalan Pulau Ubin untuk kembali ke bandar Singapura. Setelah menjalani lawatan ini, kami mempelajari seberapa susah orang dahulu untuk menjalani hidup dan bagaimana mereka hidup dalam kesusahan. Kami prihatin jika tempat ini tidak diuruskan supaya zaman hadapan boleh merasai apa yang orang zaman dahulu telah lalui. Kami juga berharap agar pemerintah dapat melindungi kawasan ini agar tidak berubah dengan pengaruh globalisasi.

Renungan
Pada pendapat kami , pemerintah boleh mengembangkan kawasan ini daripada segi kebersihan dan keamanan sehingga orang lokal dan pelancong boleh merasa selesa berada di Pulau Ubin. Ini bukan sahaja akan memberikan devisa kepada negara Singapura, tetapi juga dapat memberikan kehidupan kepada orang lokal dan dengan cara ini juga orang lokal boleh membantu pemerintah untuk mengekalkan Pulau Ubin sebagai rizab alam semulajadi. Pemerintah juga harus melarang keras usaha pelancong dalam merusak keindahan alam Pulau Ubin seperti membuang sampah sembarangan.


Renungan Para Pelajar
Nama Pelajar : Jerico
Pada pendapat saya , saya merasa Pulau Ubin adalah tempat yang sangat cantik. Saya boleh mendapatkan banyak pengalaman baru yang tidak dapat saya temukan di bandar .Saya berharap agar Pulau Ubin boleh menjadi lebih bersih dan selesa untuk ditinggali tanpa ada perubahan keadaan alam di Pulau Ubin. 

Nama Pelajar : Khairull
Pada pendapat saya, berdarmawisata ke Pulau Ubin amat seronok kerana saya dapat pelajari tentang kampung melayu dan permainan dahulu. Saya dapat main gasing yang sering dijumpai di bandar Singapura. Saya rasa bahawa kampung melayu dapat kekal kerana Singapura sering ada kampung melayu.


Nama Pelajar : Raizal
Pada pendapat saya, pengalaman saya di Pualau Ubin amat menyeronokkan. Saya dapat mempelajari pelbagai benda-benda yang baru. Di sana terdapat banyak perbezaan berbanding dari Bandar Singapura. Salah satu daripadanya ialah tradisi dan adab mereka di sana. Tetapi secara keseluruhan, activiti ini memberi saya manfaat dan informasi baharu yang tidak saya ketahui hingga sekarang.






Ini link yang dapat memperjelas keadaan di Pulau Ubin
Sejarah dan Terperinci tentang Pulau Ubin
Pendapat daripada pelancongan ke Pulau Ubin


Blog teman-teman yang lain :
1.ubin-ubin.blogspot.com
2.kampungsingapura.blogspot.com
3.hizliqtra.blogspot.com
4.kuihdadarsedap.blogspot.com
5.fmsjfdefg.blogspot.com
6.www.pulaubin.blogspot.com
7.www.ciptaanalam.blogspot.com
8.www.kumpulansatua.blogspot.com
9.http://www.keindahan-pulauubin.blogspot.com/ 
10.www.pulaubingirls.blogspot.com