Thursday, 10 November 2011

Karangan Jerico

Nama : Jerico
Kelas : Men 3E

KARANGAN EKSPOSITORI

Tajuk  : Kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang. Jelaskan sebab-sebabnya.

           

            Pulau Ubin adalah salah satu pulau di Singapura yang masih tinggal di zaman ini tanpa ada perubahan pada bangunan dan keadaan alam nya.Pulau ini ternyata bukan hanya dikenal oleh penduduk Singapura, melainkan Pulau Ubin banyak dikunjungi pelancong daripada negara-negara lainnya. Pulau ini juga memiliki nilai-nilai yang tidak kalah pentingnya dalam menarik perhatian para pelancong dan masyarakat Singapura sendiri. Lalu, mengapa kita harus mengekalkan keadaan asal Pulau Ubin seperti yang ada sekarang ?

            Sebab yang pertama adalah supaya generasi muda tahu bagaimana rupa kampung zaman dahulu. Generasi muda sekarang sudah tinggal dan hidup di zaman moden , zaman yang dipenuhi teknologi-teknologi canggih,sedangkan mereka tidak mengerti bagaimana rupa kampung zaman dahulu .Padahal, teknologi datang daripada pembelajaran pada zaman dahulu. Oleh sebab itu dengan adanya Pulau Ubin, generasi muda zaman sekarang dapat mempelajari bagaimana rupa muka kampung yang perlu diperbaiki dalam zaman ini . Seperti contohnya , pintu rumah di tanah lapang jarang memiliki pagar untuk melindungi rumahnya daripada hewan-hewan buas, sehingga orang-orang zaman sekarang membuat pagar-pagar di sekeliling rumahnya supaya terlindungi daripada maling curi.

            Sebab yang kedua adalah pelancong boleh mendapatkan pengalaman baru dengan beriada dalam sesuatu alam semula jadi. Pelancong ini boleh menikmati keindahan dan kekayaan alam semula jadi. Mereka juga boleh menenangkan fikiran mereka dengan udara segar yang dihasilkan banyak pepohonan.Pentingnya , pengalaman-pengalaman daripada Pulau Ubin boleh memberikan kemahiran baru dalam kehidupan . Sebagai contoh, pelajar yang berkemah untuk pertama kalinya di Pulau Ubin mungkin mendapatkan pengalaman untuk memasak dan merasakan bagaimana hidup di tengah alam yang berbahaya dan pada akhirnya , pengalaman ini boleh menjadi pembelajaran untuk hidup berdikari.

            Sebab yang ketiga adalah dengan Pulau Ubin , pelancong dapat mempelajari sejarah Singapura suatu masa dahulu , kehidupan yang belum melalui pembangunan. Mereka dapat tahu nilai-nilai budaya yang boleh menambahkan pengetahuan yang menarik . Bukan sahaja nilai budaya , melainkan mereka juga dapat tahu nilai-nilai sosial para penduduk zaman dahulu. Contohnya , bagaimana orang-orang dahulu hidup saling tolong menolong dan hidup dalam perdamaian ataupun permainan-permainan orang zaman dahulu untuk mengisi waktu mereka dengan rakan-rakan mereka seperti congkak,gasing dan tapak kuda.

            Sebab yang keempat adalah Pulau Ubin adalah salah satu destinasi pelancongan. Setengah daripada kawasan Pulau Ubin masih tertutup alam liar . Oleh sebab itu , para pelancong senang pergi ke sana kerana kawasan tersebut memiliki cabaran-cabaran yang menantang. Pulau Ubin juga mempunyai keanekaragaman hewan dan tumbuh-tumbuhan yang jarang ditemukan di pulau lain . Seterusnya, Pulau Ubin sebagai satu destinasi terkenal untuk pelancongan juga memberikan devisa lebih untuk pemerintah negara Singapura. Dengan ini, pemerintah boleh menggunakan wang ini untuk menambahkan tempat pelancongan lain yang diminati para pelancong di Singapura sehingga dapat mengembangkan perekonomian di Singapura.

            Secara keseluruhan , kita harus mengekalkan keadaan Pulau Ubin seperti sekarang ini. Pulau Ubin membawa sangat banyak keuntungan bagi pelancong-pelancong, masyarakat Singapura dan negara Singapura sendiri. Pulau Ubin bukan sahaja menyediakan pengalaman yang baru , tetapi juga menyediakan pengetahuan yang lebih tentang kesusahan hidup di zaman dahulu. Akan tetapi, semua ini bergantung kepada pemerintah, akankah dia mensedari hal-hal ini atau dia akan mengubah Pulau Ubin ke arah pembangunan. Kita hanya dapat berpasrah kepada pemerintah .

No comments:

Post a Comment