Pengenalan
Pada tanggal 8 november 2011 , saya beserta 41 pelajar dari East View dan 8 guru dan rakan kerja mengikuti program berkunjung ke Pulau Ubin. Tujuan daripada program ini adalah memberikan kesan tentang bagaimana keadaan dan situasi berada di daerah perkampungan.
Pertama , pada pukul 8 kami berangkat daripada East View dengan bas menuju ke pangkalan Changi.Di sana, kami diberi $5 seseorang untuk membayar wang tambangan bumbot yang kita akan menaiki ke Pulau Ubin untuk perjalanan pergi dan pulang. Kami juga diberikan satu beg plastic yang ada dua air minum, satu bingkisan biskut oreo dan apolo perisa pandan sebagai makanan ringan . Barang-barang yang perlu dibawa ialah tuala muka,tisu,alat tulis dan air minuman(di sana tidak terdapat air bersih). Ketika perjalanan ke sana dengan bumbot, saya berasa agak seronok kerana ia ialah kali pertama saya menaiki bumboat dan pergi ke Pulau Ubin. Kami boleh melihat sedikit dari pulau ubin dari bumbot kami. Dari situ juga, kami boleh melihati satu rumah yang terapung di atas air.
bumboat |
ISI
Apabila kami tiba di sana kami nampak batu-batu granite besar yang jarang ditemukan di sisi jembatan daripada bumboat .Ternampak juga lorong jalan yang terlihat kotor dan gelap daripada pintu kehadiran. Kami harus menaiki van yang di sediakan sekolah, van itu agak berbeza dengan van dibandar dan saya kagum dengannya. Walaupun ruang di dalam kenderaan itu agak sempit tetapi pemandangan yang ada di sana membuat saya lupa akan kesempitan itu. Perjalanan ke destinasi kita agak jauh daripada jetty, kami dapat melihat pandangan yang tenangkan pikiran kita dengan banyak pepohonan hijau. Setibanya kami tiba di Kampung Riang Ria kami harus menunggu pelajar-pelajar yang lain. Sementara menunggu mereka, kumpulan saya berbincang akan apa strategi yang kita boleh lakukan untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang akan kami hadapi .
Kueh Dadar |
Kumpulan kami , kumpulan 2, memiliki aktiviti untuk berasa makanan. Pertama, Cik Su dan Cik Ros memberikan macam-macam buah-buahan yang tumbuh di Pulau Ubin seperti durian,pisang,kelapa, dan pelbagai lainnya. Mereka mengajarkan kita tentang bagaimana mengambil buah kelapa dan kegunaan buah kelapa seperti dalam pembuatan santan atau kelapa parut secara jelas dan menarik. Lalu,Cik Su dan Cik Ros juga menjelaskan beberapa kegunaan daun pandan yang bermanfaat dalam kehidupan.Mereka berkata bahawa daun pandan banyak dipergunakan untuk membuat makanan lebih sedap. Mereka juga membantu menunjukkan perbezaan antara limau kasturi , nipis dan limau purut secara keseluruhan. Selain itu , mereka juga menjelaskan kegunaan-kegunaan limau-limau tersebut. Bukan sahaja tentang limau , mereka juga memberi tahu kita berbagai macam bahan-bahan untuk menyediakan ulam daripada berbagai daun-daun dan herba . Selain mengajarkan kami hal-hal ini , setiap pelajar berkesempatan untuk memasak kuih dadar. Kami sangat menikmati aktiviti memasak ini terutama saat menikmati kuih dadar yang kami buat masing-masing meskipun ini percubaan pertama memasak kuih dadar dan goreng pisang yang masih panas yang dimasak Cik Ros.
limau kasturi |
limau nipis |
Limau Purut |
Aktiviti Kedua
Canting |
Air Perigi |
Aktiviti ketiga, ialah menjelajah rumah kampung. Abang Ridzuan dan teman facilitatornya memperkenalkan kawasan rumah kampung. Pertama mereka menunjukkan isi rumah tersebut dan menjelaskan masing-masing bagian rumah . Kami dapat tahu bahawa di setiap rumah kampung ada serambi, serambi digunakan jika pemilik rumah hendak bersembang di depan ruang tamu. Di sana juga terdapat kandang anak ayam yang di letak di bawah kolong rumah. Mereka juga menunjukkan bagaimana orang dahulu mengambil air daripada perigi menggunakan timba. Selepas itu mereka memperkenalkan pelbagai permainan dahulu. Salah satu permainan itu adalah congkak, dahulu mereka menggunakan guli atau batu untuk bermain congkak, tetapi sekarang mereka menggunakan plastik sebagai pengganti kayu. Permain lain seperti gasing sangat digemari kumpulan saya kerana ia amat mencabar untuk mendirikannya. Satu daripada kumpulan saya,Khaliq,dapat mengatasi cabaran itu dengan senang dan dia digelar sebagai raja gasing. Kami rasa bahawa rumah kampung perlu di lestarikan kerana globalisasi telah mempengaruhi banyak rumah kampung ke arah lebih moderen. Kami berancang untuk berliburan ke rumah kampung ini di lain waktu kerana rumah ini sangat unik dan mengandungi banyak cerita tentang masa lampau.
Penutup
Yang terakhir, lawatan itu berakhiri apabila seorang wakil dari sekolah kami,Haikal dari kelas 308 mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang terlibat untuk membuatkan kunjungan ini sangat gembira dan berguna sebab kami boleh mendapatkan pengalaman yang jarang boleh didapatkan di Singapura sekarang. Kami kembali ke pangkalan Pulau Ubin untuk kembali ke bandar Singapura. Setelah menjalani lawatan ini, kami mempelajari seberapa susah orang dahulu untuk menjalani hidup dan bagaimana mereka hidup dalam kesusahan. Kami prihatin jika tempat ini tidak diuruskan supaya zaman hadapan boleh merasai apa yang orang zaman dahulu telah lalui. Kami juga berharap agar pemerintah dapat melindungi kawasan ini agar tidak berubah dengan pengaruh globalisasi.
Renungan
Pada pendapat kami , pemerintah boleh mengembangkan kawasan ini daripada segi kebersihan dan keamanan sehingga orang lokal dan pelancong boleh merasa selesa berada di Pulau Ubin. Ini bukan sahaja akan memberikan devisa kepada negara Singapura, tetapi juga dapat memberikan kehidupan kepada orang lokal dan dengan cara ini juga orang lokal boleh membantu pemerintah untuk mengekalkan Pulau Ubin sebagai rizab alam semulajadi. Pemerintah juga harus melarang keras usaha pelancong dalam merusak keindahan alam Pulau Ubin seperti membuang sampah sembarangan.
Renungan Para Pelajar
Nama Pelajar : Jerico
Pada pendapat saya , saya merasa Pulau Ubin adalah tempat yang sangat cantik. Saya boleh mendapatkan banyak pengalaman baru yang tidak dapat saya temukan di bandar .Saya berharap agar Pulau Ubin boleh menjadi lebih bersih dan selesa untuk ditinggali tanpa ada perubahan keadaan alam di Pulau Ubin.
Nama Pelajar : Khairull
Pada pendapat saya, berdarmawisata ke Pulau Ubin amat seronok kerana saya dapat pelajari tentang kampung melayu dan permainan dahulu. Saya dapat main gasing yang sering dijumpai di bandar Singapura. Saya rasa bahawa kampung melayu dapat kekal kerana Singapura sering ada kampung melayu.
Nama Pelajar : Raizal
Pada pendapat saya, pengalaman saya di Pualau Ubin amat menyeronokkan. Saya dapat mempelajari pelbagai benda-benda yang baru. Di sana terdapat banyak perbezaan berbanding dari Bandar Singapura. Salah satu daripadanya ialah tradisi dan adab mereka di sana. Tetapi secara keseluruhan, activiti ini memberi saya manfaat dan informasi baharu yang tidak saya ketahui hingga sekarang.
Ini link yang dapat memperjelas keadaan di Pulau Ubin
Sejarah dan Terperinci tentang Pulau Ubin
Pendapat daripada pelancongan ke Pulau Ubin
Blog teman-teman yang lain :
1.ubin-ubin.blogspot.com
2.kampungsingapura.blogspot.com
3.hizliqtra.blogspot.com
4.kuihdadarsedap.blogspot.com
5.fmsjfdefg.blogspot.com
6.www.pulaubin.blogspot.com
7.www.ciptaanalam.blogspot.com
8.www.kumpulansatua.blogspot.com
9.http://www.keindahan-pulauubin.blogspot.com/
10.www.pulaubingirls.blogspot.com
No comments:
Post a Comment