Thursday, 10 November 2011

Karangan Khairull Mohfi

Karangan Naratif

Nama; Khairull Mohfi Bin Halifi

Kelas; 308

Tajuk; Tulikan sebuah cerita tentang seseorang yang telah dibesarkan dalam suasana kampung dan kini,telah mencapai kejayaan dalam kehidupan.

            Halim seorang budak kampung yang tinggal bersama ibu bapanya. Dia sering menolong ibunya masak kerana dia minat akan masakkan melayu dahulu. Dengan itu Halim dapat tahu beberapa resipe-resipe tradisional.

            Apabila sedara-maranya datang ke rumahnya dia sering ditanya tentang minatnya, mereka akan ketawakannya. Kerana mereka ada minda yang stereotaip. Mereka mengutuk Halim kerana kepada mereka, masakkan hanya untuk perempuan. Halim mula untuk berputus asa dengan minatnya memasak. Halim hanya berdiam-diri setelah dia dikutuk dengan sedara-maranya. Ibunya nampak akan muka Halim bertukar masam.

            Setelah sedara-maranya pulang ke rumah, Halim masuk biliknya lalu menangis. Lalu ibunya masuk ke dalam bilik Halim dan memeluknya. Ibunya memberi kata sokongan kepada Halim supaya dia tidak ikut kata-kata orang lain. Setelah itu ibunya angkat kakinya. Halim mula berpikir kepada dirinya bahawa minat itu adalah kepunyaan diri masing-masing, dan dia tahu jika orang hendak mengutuknya tentang minatnya, itu hanya halangan untuk dia mempertingkatkan kemahirannya dalam memasak.

            Halim ingin pergi ke bandar, kerana dia hendak belajar masakkan modern. Semasa dia erjalan-jalan untuk mencari kursus memasak. Tiba-tiba dia ternampak poster tentang pertandingan masak. Dia berkata kepada dirinya bahawa dia hendak tahu di mana tahap kemahiran masakkannya. Apabila dia memasuki pertandingan itu dia lihat banyak chef yang handal-handal. Pada setiap peringkat dia akan masak masakkan tradisional.

            Dengan masakkan tradisional dia dapat tempat pertama dalam pertandingan itu. Halim membawa pulang wang tunai sebanyak 4ribu dollar. Halim mendirikan restoran sendiri dan ia menjadi restoran yang terkenal di dunia.

No comments:

Post a Comment